Pages

Wednesday, June 16, 2010

马华会长理事会文告(15.6.2010)

MCA sememangnya tidak mengalakkan apa-apa bentuk pertaruhan sama ada secara sah di sisi undang-undang atau sebaliknya.

Namun demikian, adalah tidak dapat dinafikan bahawa pertaruhan sukan secara haram melalui sindiket semakin berleluasa dan di luar kawalan, malah memainkan peranan yang kian meningkat dalam ekonomi “gelap” tanahair, antara lain, termasuk pelaburan wang haram (“money laundering”) serta persumberan kewangan aktiviti-aktivit perniagaan yang tidak diingini.

Ketara sekali, pertaruhan sukan secara haram ini telah menimbulkan banyak gejala-gejala sosial yang memburukkan akhlak sebagaimana yang dapat dilihat daripada ribuan siber kafe di Lembah Klang yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, MCA berpendapat industri pertaruhan sukan seharusnya dikawal dan dikendalikan oleh pihak Kerajaan dengan cara yang sama pihak Kerajaan mengawal dan mengendalikan aktiviti perjudian empat nombor ekor atau loteri haram.

Oleh itu, MCA mengesyorkan agar langkah-langkah atau teknik-teknik yang lebih ketat diperkenalkan ke dalam aktiviti pertaruhan sukan; ini termasuk, mengadakan suatu kumpulan usia pembeli, pertaruhan tanpa kredit, pengawalan waktu operasi dan sebagainya.

Daripada pengamatan MCA, industri pertaruhan sukan di negara-negara maju adalah dikawal serta dikendalikan dengan baik, malah gejala-gejala buruk yang timbul dari pertaruhan yang keterlaluan juga dapat dibendung dengan jayanya. Oleh itu, pihak Kerajaan seharusnya mempelajari serta menjalankan kajian yang mendalam tentang pertaruhan sukan yang sah ini dari negara-negara asing berkenaan semasa mempraktikannya di tanahair.

Pihak Kerajaan juga seharusnya berusaha untuk mendidik serta menyedarkan orang ramai tentang keburukan aktiviti perjudian. Justeru itu, pihak Kerajaan semestinya mempertingkatkan lagi usaha membendung dan menangani aktiviti pertaruhan sukan haram sebagaimana Kerajaan menangani aktiviti empat nombor ekor haram dalam tanahair.

马华公会了解华人文化的生态,也了解赌博所造成的各种问题。我们和其他关心华人前途的人一样,不鼓励赌博。最近,巴生谷网咖非法赌博的增长,让我们不得不正视非法赌博对我们的伤害。

考虑到各种各样的因素,特别是非法赌球的无所不在,我们认为合法赌球是控制非法赌球数量增长的其中一个方法。我们要求政府在批准合法赌球当儿,要制定准则,包括限定年龄,非利用贷款赌球,限定营业时间等。与此同时,我们也要执法单位可以学习先进国一样,如何利用合法赌球打击非法赌球,加强执法进而有效地控制及监督赌球,并且严打各种各样的黑市借贷。

MCA discourages any form of betting, be it legal or illegal.
However, it is well known that the illegal sports betting syndicates are out of control and have played an increasing role in the black economy of our country, involving money laundering, and funding of plenty of undesirable business activities.
The social ills arising from illegal sport betting are apparent. The thousands of cyber cafes in Klang Valley involving in illegal sport bear witness.
MCA therefore takes the stand that sport gaming industry must be regulated and managed as the way the government is required to regulate and manage the 4Ds lottery gaming.
MCA proposes strict and stringent conditions be imposed in sports betting. That includes punters age group, non-credit betting, operation hours etc.
MCA notes that in developed countries sport gaming industries is well managed and regulated and rather successful in dealing with social ills arising from excessive betting. The government should conduct an in-depth study of legalized sports betting in other countries for implementing in our country.
The government should further channel resources for public awareness and education against gambling. In addition, the government must step up enforcement in combating illegal sports betting as the way the government handles illegal 4D business .

2 comments:

Unknown said...

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan.

Isu Moral dan "Immoral" adalah amat subjektif menurut takrifan Agama dan Perundangan.

Perjudian dan Pelacuran yang dihalalkan akan dapat membentung korupsi dan seterusnya meningkatkan HASIL negara melalui cukai haram "sin tax".

MCA harus memberitahu golongan "Konservatif UMNO" bahawasannya cukai yang diperolehi melalui HASL Perjudian dan pelacuran harus disalurkan kepada Rumah anak-anak yatim dan orang tua sahaja dan memantau kegunaannya.

Jangan timbul pula penyelewengan peruntukan yang akhirnya hajat tidak kesampaian. Akhir sekali masyarakat ROSAK dan anak-anak yatim tidak dididik dan orang tua tidak dijaga dengan baik.

Rang undang-undang harus diperkenalkan untuk mengkhususkan HASIL cukai kegiatan haram ini untuk kebajikan anak-anak yatim (perubatan dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran) dan Wargatua yang kehilangan sandaran (perubatan) dan bukannya menyalurkan HASIL cukai haram ini untuk projek MEGA.

ALAM RASAH KEMAYAN

Long RangEr said...

Legalised sports betting is rather controversial.
Pro: Govt can earn lots of tax money from it.
Con: Govt appears to be more and more supportive of gambling activities.

I personally think that MCA should just be silent about this.
After reading this blog, I think MCA has endorsed the sports betting.

The general public will be thinking...Why is MCA supporting this? Any of the top MCA Leaders has a stake in this legalised sports betting business?

mmm....I must admit whether or not there is legalised sports betting, betting will always go on...especially now with the World Cup season.

Welcome to my Blog

As a concerned MCA member, I am trying my best to help in the process of rebuilding and repositioning of the party.

Therefore, I welcome party members and members of public to post your constructive suggestions and opinions on my blog on how to rebuild and reform the party, eventually enabling MCA to regain support from all party members and the community.


Thank you for your suggestions.