Pages

Monday, May 25, 2009

Interview by Astro Awani - Part 2

Q: Perkhidmatan itu penting tapi kelajuan perkhidmatan itu juga penting?

A: Itu ‘basic’. Akan tetapi, tafsiran dan persepsi rakyat terhadap kerajaan juga adalah penting, sama ada pentadbiran kerajaan adil, adakah ianya telus dan ‘accountable’ yang mana rakyat boleh terima.

 

Q: Bagaimana untuk tentukan akar umbi di pendalaman faham dan dijalankan dengan cepat aspirasi 1 Malaysia?

A: Dengan tindakan. ‘Action speaks louder than word’. Kita kena menunjukkan niat kita untuk berkhidmat. Kita perlu menghayati konsep Satu Malaysia. Jangan cakap, tapi buat tak serupa kerana itu akan menimbulkan pertikaian.

 

Q: Baru-baru ini, negeri Selangor telah melancarkan TV Selangor. Ianya satu usaha luar biasa. Jadi, secepat manakah BN boleh mengatasi atau mempunyai satu alternatif sedemikian rupa memandangkan di maya BN lemah?

A: Saya akui bahawa sebar luas dan penyampaian maklumat BN adalah terlalu bergantung kepada televisyen dan ‘mainstream’ media. Kita ingat rakyat percaya maklumat di televisyen.

Parti pembangkang tidak ada kemudahan itu. Mereka perlu mencari kaedah supaya maklumat dapat disampaikan kepada rakayat. Kelebihan mereka adalah spinning yang mendahului kerja pembangunan dan ekonomi.

 

Q: Bagaimana nak masuk mode sedemikian? Bagaimana nak menang?

A: Yang pertama, kita kena mempunyai kesedaran di pucuk kepmpinan. Harapan dan aspirasi rakyat sudah berubah sejak zaman kemerdekaan. Tetapi sebahagian kita tidak berubah atau berubah tidak secepat rakyat.

 

Q: Umur Datuk Seri 62 tahun, bagaimana datuk seri nak menyelami perasaan anak muda yang berumur 21 tahun?

A: Dari segi klinikal, orang muda lebih mudah berinteraksi dengan orang muda. Tapi, kalau nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab, walaupun kita di usia yang lebih tua daripada orang muda, kita masih kena ambil berat. Kita kena faham apa sebenarnya yang orang muda mahu.

Orang muda tidak suka ‘patronizing’ iaitu cerita apa seharusnya dilakukan untuk kebaikan mereka sendiri. Mereka tahu menguruskan segala hal peribadi mereka. Mereka tidak suka dengar cerita dan sumbangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan yang telah dilakukan. Mereka lebih suka kepada mengetahui apakah pembangunan yang akan berlaku pada masa hadapan, apa jaminan yang boleh diberikan kepada mereka dari segi peluang pendidikan dan pekerjaan daripada cerita korban kita semasa menuntut kemerdekaan, maka pemuda perlu berhutang budi dan menghargai kita, saya ingat  cara itu, pemuda tak layan lagi.

 

Q: Bagaimana mesej patriotisme yang perlu dijelaskan kepada generasi muda ini disalurkan?

A: Generasi muda ini kebanyakkan penting ialah pendidikan dan pekerjaan. Soal patriotisme datang secara automatik. Sebagai rakyat, saya mesti hormat dan taat setia kepada negara. Itu adalah automatik, tak payah cakap kononnya saya tidak patriotik, hanya kamu orang tua sahaja yang patriotik. Itulah yang dikatakan sebagai ‘patronizing’.

 

Q: Dalam era demokrasi, bagaimana tentukan arus dari bawah ke atas dan bukan atas ke bawah dengan mengambil kira pandangan rakyat?

A: Sebab itulah saya cakap masyarakat sudah berubah. Sebahagian pemimpin kita masih tidak berubah. Adalah penting di peringkat awal bahawa berdialog merupakan cara berkesan untuk mendapatkan maklum balas mengenai apa sebenarnya mereka mahu. Tanpa dialog, kita tidak boleh membuat tafsiran bahawa apa yang kita lakukan atau fikirkan mencerminkan hasrat mereka. Mungkin itu tak tepat. Sebab itu saya mengatakan pemimpin perlu turun ke padang, mengadakan aktiviti supaya kita dapat bercampur gaul dengan anak buah kita.

 

Q: Bercakap pasal bercampur gaul, bila agaknya seorang pemimpin itu akan dipilih berdasarkan kehebatannya sebagai pemimpin dan idea-idea yang bernas dan bukan berdasarkan kepada kaum?

A: Ini dikatakan pemilihan yang mengatasi kaum, tidak kira kaum kita pilih kerana kebolehan dan kewibaan dan kepimpinan seseorang berasaskan kepada perjuangan. Ini saya ingat kita masih belum sampai ke masa itu.

 

Q: Kenapa?

A: Pada hemat saya, kita masih terikat dengan kaum masing-masing untuk menjaga hak masing-masing. Sebab itu, Satu Malaysia ialah rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan adalah didahulukan. Mungkin ini satu permulaan supaya perjuangan politik kita tidak berteraskan kepada kaum.

 

Q: Macam mana dengan parti lawan?

A: Parti lawan bukan sahaja hebat dari segi spinning, tetapi lebih hebat lagi dari segi packaging. Kononnya PR mencerminkan dan memperjuangkan hak semua rakyat, walhal kalau kita meneliti perjuangan mereka, PAS adalah berteraskan kepada agama, DAP adalah untuk orang Cina di mana 99 peratus ahlinya merupakan orang cina. Begitu dengan PKR di mana kebanyakan ahlinya adalah bekas ahli UMNO.

 

Q: Kenapa mesej itu diterima oleh rakyat?

A: Dari segi packaging dan kerana spinning, ianya dapat menyampaikan mesej kepada rakyat jelata bahawa ‘Pandanglah kami, kami adalah multiracial’ walhal kalau kamu tengok ucapan mereka di  Parlimen, ada yang masih mengatakan ‘saya seorang Melayu’ ataupun ‘saya seorang Muslim’ dahulu sebelum saya katakan ‘saya rakyat Malaysia’.

 

Q: Bukankah itu kritikan sendiri kepada BN yang kurang ‘articulate’ dalam menyampaikan hujah?

A: Sebab itu saya cakap, dari segi spinning, penyampaian maklumat dan dari segi packaging, ada banyak kelemahan yang seharusnya diperbaiki.

 

Q: Apakan 3 perkara yang paling penting sekiranya Datuk Seri diberikan ‘freehand’ dalam kerja-kerja penyelarasan di BN?

A: Yang pertama, kita kena membuktikan komitmen BN bahawa Satu Malaysia itu bukan menjadi satu slogan, ia akan menjadi satu kenyataan dari segi perlaksanaan supaya rakyat didahulukan, ini bermakna satu kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat. Itu yang paling penting.

Yang kedua, bagaimana kerajaan nak pastikan ianya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu kaum, bahkan mendapat sokongan daripada kaum Melayu, Cina dan India dan lain lain. Untuk mencapai matlamat ini, bagaimana kita menjaga tuntutan dan harapan dan sensitivity mereka, ini merupakan cabaran yang besar.

Yang ketiga, bagaimana kita menangani cabaran ekonomi yang berlaku di banyak negara, termasuk di Malaysia. Di samping itu, bagaimana memastikan negara kita lebih kompetitif supaya kita mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa juga penting. Pada masa kini, bukan kita berdaya saing di antara kita tetapi kita berdaya saing dengan satu dunia. Kita adalah satu ekonomi yang berteraskan eksport pembuatan. Jadi, kita kena lebih kompetitif dari segi perkhidmatan yang sedang dibangunkan, termasuk perhidmatan di restoran, hotel dan pembankan.

Kalau kita boleh melakukan seperti yang saya sebutkan tadi, kita masih boleh mendapatkan sokongan daripada rakyat kerana kelebihan kita ialah pengalaman kita. 

To be continued...

1 comment:

l藍海 said...

亲爱的;)
你跟着一个智商不高又不懂得善用人才的领导者,实在太委屈你了。
善用人才以向来都是我们的专长,也就因为如此所以我们才不会倒下。
我们无限欢迎拥有伟大理想和为民着想立福的良材贤士加入做我们的一分子。
:)

Welcome to my Blog

As a concerned MCA member, I am trying my best to help in the process of rebuilding and repositioning of the party.

Therefore, I welcome party members and members of public to post your constructive suggestions and opinions on my blog on how to rebuild and reform the party, eventually enabling MCA to regain support from all party members and the community.


Thank you for your suggestions.