Saya merasa amat kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja memutar belitkan ucapan saya demi membangkitkan kemarahan kaum Melayu. Saya menasihatkan mereka yang mendakwa kononnya ucapan saya ini mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu atau menafikan kedudukan istimewa orang-orang Melayu/bumiputra seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan membaca keseluruhan ucapan saya terlebih dahulu dan bukan hanya menjurus terus kepada istilah Ketuanan Melayu yang telah dipetik dan di baca “out of context” sebelum mengeluarkan dakwaan sedemikian. Biarlah kita berhujah dengan rasional dan bukan beremosi.
Ingin saya jelaskan di sini bahawa tajuk ucapan yang saya sampaikan ialah mengenai perubahan dalam dunia politik di negara kita. Saya menyentuh tentang perubahan lanskap politik di negara kita selepas pilihanraya umum pada 3 Mac 2008 yang menandakan permulaan kepada sistem dua parti. Sejajar dengan itu, parti-parti politik yang ada juga perlu berubah supaya mereka menjadi lebih berdaya saing demi meraih sokongan rakyat.
Dalam ucapan itu, saya juga menekankan bahawa perjuangan parti-parti komponen Barisan Nasional seharusnya membela nasib semua kaum dan bukan hanya membela nasib sesuatu kaum sahaja. Ini bermakna pendekatan kita adalah kepada isu dan bukan hanya kepada kaum sahaja. Kita perlu menjadi jaguh kepada semua kaum. Kita boleh mengamalkan agama, budaya dan mempelajari bahasa ibunda masing masing tetapi kita perlu mempunyai sikap yang lebih mencerminkan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita menerima hakikat bahawa isu yang melibatkan sesuatu kaum akan memberi kesan kepada kaum yang lain dalam negara kita.
Seterusnya saya telah menyentuh tentang kita perlu mengubah konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional. Istilah Ketuanan Melayu memberi tafsiran bahawa parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN adalah hamba. Kita menerima kepimpinan yang diterajui oleh pemimpin Melayu. Ada pihak tertentu mengeksploitasikan istilah “Ketuanan Melayu” ini bahawa parti-parti yang lain dalam Barisan Nasional adalah hamba dan perkongsian kuasa ini bukan sesuatu yang adil dan saksama. Seterusnya saya menekankan bahawa menolak konsep “Ketuanan Melayu” ini tidak bererti kita mempertikaikan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa kaum Bumiputra dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, adalah nyata saya menggunakan istilah Ketuanan Melayu dalam konteks perkongsian kuasa dalam BN dan bukan berkaitan atau mencabar kedaulatan Raja – Raja Melayu dan kedudukan istimewa kaum Bumiputera dan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
17 comments:
sememangnya anda sebagai pemimpin politik berhati-hati dalam menafsirkan sesuatu isu dan jangan menyalahkan pihak lain sekiranya berbicara.sebagai pemimpin kita mesti kelihatan bersih luar dan dalam.untuk menjadi pemimpin kita perlu memimpin keluarga dan menjadi role model. andalah yang perlu melihat diri sama anda sesuai untuk memimpin parti dan negara. isu seks anda bukanlah sesuatu yang remeh kerana ia menjejaskan kewibawaan anda sebagai pemimpin.kemenangan anda adalah merupakan simpati dalam MCA yg kehilangan arah dlm perjuangannya. suara MCA sekarang senada dgn DAP dalam pelbagai isu. jangan melihat UMNO lemah maka anda melihat melayu juga lemah.sikap melayu hanya tunggu dan lihat.contohilah pemimpin MCA sebelum ini dalam mengamalkan toleransi. kekalahan BN kerana rakyat marah dgn kenaikan mendadak harga dan barang keperluan pada pilihanraya 8 Mac 2008. janganlah marah pihak lain sekiranya mereka menjadikan isu perbadi anda sebagai bahan jenaka dalam politik.bagai mana untuk memimpin negara sedangkan keluarga sendiri ditipu dgn sikap anda. imagine yourself!
saya amat bersimpati dengan anda, mansplanet kerana berpandangan cetek dan sempit. saya berpendapat bahawa adalah lebih memalukan jikalau anda merupakan salah seorang pemimpin mana-mana parti politik.
saya merasakan bahawa anda masih berada dalam dunia khayalan. anda perlu sedar dan seterusnya menerima hakikat bahawa kekalahan BN pada pilihanraya 8 Mac 2008 adalah disebabkan pelbagai faktor di mana, SALAH SATUNYA adalah disebabkan oleh keangkuhan UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka yang korup, menyalahgunakan kuasa, penyelewengan wang dan sebagainya sehingga rakyat berbangsa melayu turut berpaling tadah terhadap mereka. tetapi anda menyatakan bahawa, "kekalahan BN kerana rakyat marah dgn kenaikan mendadak harga dan barang keperluan." kenyataan ini terus menunjukkan persepsi anda yang tidak jauh dan mencuit hati. anda MESTI ingat bahawa isu-isu semasa pada masa itu termasuklah, kes altantunya, kes lingam yang melibatkan kehakiman, hindraf dan sebagainya. tambahan pula, PKR, PAS dan DAP pada pertama kali telah mewujukan satu pakatan yang kukuh, menanamkan segala ketidak-puasan di kalangan mereka. Ini semua yang dinyatakan merupakan faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada kekalahan BN !
konsep utama dalam politik BUKAN semata-matanya untuk menjadikan seseorang sebagai teladan masyarakat. tahap pemikiran dan analisa seseorang dalam memperjuangkan parti politik mereka merupakan keutamaan yang paling tinggi.
mansplanet, anda tidak perlu mempertikaikan keputusan pilihanraya MCA dalam memilih pemimpin yang sesuai untuk mereka sendiri. anda sepatutnya berfikiran luas dan merasakan bahawa MCA tidak mengambil kira hal peribadi seseorang dalam menyukat kebolehan seseorang. HANYA yang terbaik telah dipilih pada masa kritikal ini. MCA merasakan Presiden OTK dan Timbalan Presiden CSL merupakan dua pemimpin yang paling berkebolehan untuk membawa MCA mengharungi ombak politik ini.
mansplanet, anda perlu menerima hakikat bahawa kenyataan dr.chua telah jelas sekali dibutar-belitkan oleh media dan sesetengah pihak yang ingin menjadi popular dengan laluan pintas !!!
anda turut menyebabkan saya amat sangsi akan kefahaman politik anda dengan kenyataan anda mengenai MCA senada dengan DAP. selama ini, MCA memang mempunyai pendirian sendiri dalam semua hal yang BERKENAAN dengan kaum cina dan lain-lain (terutamanya ke atas segala ke-tidak seimbangan dalam polisi atau kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak EXTREMIST yang dikhuatiri bercorak menindas).
mansplanet, saya amat berharap anda dapat melapangkan lagi pemikiran anda yang cetek ini. tidak pernah sekalipun MCA merasakan bahawa UMNO lemah dan sebagainya. ini merupakan persepsi anda sahaja yang amat dikesali.
Dr.Chua, Mungkin keturunan kita dari tanah besar masih lagi satu Datuk, Kerana Bapa kepada mak saya dari Siang Chua juga,ya lah mereka aslinya dari Xiamen juga mungkin? Namun Dr Chua haruslah benar2 peka akan perasaan orang2 Melayu khasnya Bumiputera di Malaysia ini.Kita "WAJIB" hormat menghormati diantara Kaum kerana Kaum Melayu adalah Kaum yang terbanyak diNegara ini.Kita WAJIB bersyukur kerana di Negara M'sia ini benar2 Rakyatnya berbilang kaum, Khasnya Kaum Melayu benar2 sungguh bagus kepada Msyrkt China. Kebanyakan di Negara ASEAN ini dari aslinya orang2 Hokianlah yg ramai ke Tanah Melayu,Philippine,Indonesia,Thailand,Brunei dan Kepulauan Borneo. Masyarakt China di Malaysia masih tergolong Masyarakat yang dikira Kurang Ajar (Maaf bahasa Kasar) kerana kalau kita berjalan menjelajah keseluruh Negara ASEAN kebanyakan Orang Chinanya Fasih Berbahasa Ibunda Negara dimana mereka Pijak, Jika dibandingkan Negara M'sia dan Singapore.Kalau diNegara Thailand,Philippine,Indonesia dan Brunei mereka "FASIH" akan Bahasa Negara yang mereka diami. Seandainya Suku China di Negara Malaysia sudah benar2 FASIH berbahasa Melayu sepertimana Baba Melaka bolehlah Bangsa kita China Kurang Ajar sedikit untuk bersuara dan Melemparkan Camuhan dan kata2 kepada Pemimpin UMNO dan BN yang lainnya.Harap Dr.Chua benar2 FASIH dan MEMAHAMI Bahasa Kebangsaan M'sia terlebih dahulu. OK
Kenyataan Datuk memang tepat dan jitu.Jangan ada pihak yang sengaja memutarbelitkan sesuatu untuk kepentingannya.Datuk Chua teruskan perjuangan anda.Berani kerana benar takut kerana salah.
reply mansplanet
yeah sikap melayu hanya tunggu dan lihat...but it does not mean you are rational. be mature and try to understand in heart toward others.
a top politician will always point out the critical issue and try to solve it. even if you want to complain it later, you should have a strong statement and reasons to support you. don't ever say we are tolerate, we are generous blah blah blah...it is totally absurd!
Sikap pengecut pemimpim UMNO nak jadi tuan tapi tak berani akui maksud sebenarnya, ini tanda pemimpim tak bermaruah dan tiada kebolehan hanya setakat nak putar pelikkan maksud "Ketuanan", apakah ini sikap pemimpin? mahu bela nasib siapa? kenapa tagih sangat mahu jadi tuan? "tuan" sebab nak raih kekayaan tanpa usaha? sedangkan pemimpim yang termasyuar mengelar bangsanya "Pencinta", "Penyayang" dan terakhir ini dalam kempengnya Barak Obama gelar rakyat Amerika "Pekerja yang rajin".
UMNO kena akui kekalahan MCA dan MIC pada Pilihan Raya Umum 2008. Kekalah komponen parti ini adalah disebabkan sikap UMNO layani parti-parti komponennya sebagai hamba? tuntutan bangsa-bangsa lain tidak dilayan sedangkan duit kerajaan datang dari kaum minority. Ini maksud sebenar “Tuan”? apa kesabaran pemimpim UMNO yang patut kita contohi? Sebenarnya kaum-kaum minority cintai keamanan yang kita kecapi selapas incident 13 May. kaum minority mahu kesama rataan dan kemansuhan DEB supaya generasi depan dapat bersama-sama berlaja di institute pengajian tinggi dan kemudian mengebalikan ilmu untuk pembangunan Negara, adakah ini salah? Dari sudut yang lain, Kalau 30 tahun perlaksanaan DEB masih tidak mampu kecapi tujuannya, patutkah ia dikekalkan? Akan tetapi, biar kita terus terang, DEB sebenarnya terlah berjaya dan ia amat berjaya tetapi hanya golongan tertentu sahaja yang dapat nikmatnya dan hanya gologan yang digelar “Tuan” sahaja yang dapat kecapinya, inilah maksub sebenar “Ketuanan”.
Right-wing political ideology.
Most of the Arts&Social Science, Business and Law graduates in the world tend to be right-wingers.
Right-wingers tend to have these following viewpoints:
1)Liberation of the consumer forces of humanity.
2)Individual ownership of private property and personal wealth.
3)Attain wealth as necessary condition for freedom, liberty and justice.
4)Banking and financial institutions as the top priority institutions.
5)Money controls production or money is power and money is the true measurement of a person’s social status in the society.
6)Basic human rights has the top priority over basic human needs.
7) Believer and advocater of free market, free trade, free enterprise, free speech, freedom of expressions, free will of free people and free press.
8) Believes that true strength and sheer power comes from great numbers, the majority numbers, the basic concept of democracy where tyranny of the majority reigns supremacy.
9) Human civilizations should expand, spread and consume .
10) Majority-consumers at the top half of human food chain and the minority-producers at the bottom half of human food chain.
If you hold most of the points above dear to your heart, then you are a right-winger.
Dato, u actually totally out-of-circle MCA reignship, so u try to make a populist statement by using this sensitive, don't play-play with fire dato.. Better u retract your statement, no need to recorrect your double meaning, useless ma, Be gentle!
well, speaking out the truth SHOULDNT be perceived as something we called playing with 'fire' ... if we as a rational-thinking rakyat, SHOULD always look at the positive side to analyse what's the fact and what's not.
it's really time for the nation to move forward and be more opened in accepting critics. in this scenario of 'ketuanan melayu', it's not even a critics and it's merely a 'twisted' statement that was being politicised.
why dont they (the populist seekers) quoted dr.chua's statement of accepting 'kepimpinan melayu' ? it's pretty obvious then because that's a more positive phrase ?
Dr. Chua, you are a reformist which is good, but i don't know Malaysians are ready for it or not. I can see the sincerity in you. But i don't know whether you anticipated the public reaction after making the statement. If you do i guessed you have a PLAN!! If not then start making one. Good luck!!
Not more Ketuanan Melayu as it is misleading.
The actual meaning is - Ketuanan Agong.
i.e. Ketuanan AGONG.
Hello dr apa kecoh-kecoh ni, bawa bertenang. Banyak bersabar dan lihat-lihat sejarah silam.ini untuk perkenalan pertama.
DrChua,
what u've said is very true ! i really don u'stand y just by SHOUTING 'Ketuanan Melayu' by umno their race will become 'TUAN'?
but d actual situation notice by Rakyat, umno is creating 'artificial/instant Tuan' to those umno's cronies/family only !
d moment their 'boss' being topple, all this so call 'Tuan' will follow suit collapse !
Saya bersetuju dengan Yukuzanam, Permikiran cetek yang terkongkong dalam dunia sendiri oleh Mansplanet, takut menghadapi kenyataan yang menyebabkan UMNO lemah, Kuropsi dalam sistem pengagihan kekayaan tidak mencapai golongan sasaran menyebabkan rakyat muat dengan pentabiran sekarang.
Dasar DEB tidak menyebabkan golongan miskin kaya, hanya 10% golongan yang kaya menjadi lebih kaya( Golongan Politik) dan golongan miskin di kampung hanya menikmati habuan yang terlalu kecil yang sekadar membolehkan mereka hidup serderhana. Dasar DEB telah membelanjakan berbillion ringgit dalam tempoh pernubuhannya dan hari ini selepas lebih dari 30 tahun penubuhanya, kita masih gagal? soalannya, Siapakah yang mendapat keuntungan dari dasar ini? saya tidak nampak golongan kampung betul-betul mendapat manfaat darinya.
Pakatan telah membuktikan kemajuan dalam pentakbiran negeri. Kita boleh melihat pentabiran Negeri selangor mengenai pengondolan tanah paya bakau kerajan yang berlaku sebelum mac'08 tetapi dipersalahkan kepada kerajaan negeri sekarang, Apakah message yang hendak ditunjjukan?
Jika perubahan dan suara rakyat selepas mac08 tidak dipandang serious. Tsunami Politik akan berlaku lagi.
Good Morning YB DATO DR.CHUA SOI LEK
Jangan kita hilang kepercayaan kepada negara kita oleh kerana tindakan segelintir orang yang kurang memahami.Malaysia bukan sahaja disanjung tinggi oleh negara dunia ketiga malah negara maju.Berikut adalah petikan akbhar tentang ucapan Bekas President Amerika Syarikat Bill Clinton kemarlin
KUALA LUMPUR: Bill Clinton has expressed admiration for Malaysians, saying that their ability to respect other people’s faiths should be emulated by all.
The former US president said the world would be a better place if it emulated Malaysia’s harmony and social tolerance.
Malaysia is the model that there is hope for the future. The people here who are from varied races, religions and all sorts of background who have learned to work together and stay together.
“This is what the world should be like,” he said, adding that memories of “this remarkable nation will forever be in my mind”.
The 42nd US president, who visited the KL Bird Park earlier, said he met two Muslim women who came up to greet him.
“It is this ability to respect people’s faith that I admire in Malaysia. If only everyone could look another person in their eye and welcome them to their common space, what a different world we would have.”
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/6/nation/2739821&sec=nation
Prophet Mohamad taught about brotherhood among human being
And Kalifar Omar was loved and respected by Arabian and Jew
Jesus Christ said thou shalt love thou opponent
And King Constantine became his disciple
And Gospel was transmitted all over the world.
And Christmas became part of our live.
Buddha expounded that all being has the potential to become enlightened after he got enlightened
SAI BABA said OM SAM RAI Love all ,Serve all . hurt never , help ever
亚圣孟子教导我们要仁民爱物
宮澤賢治は [決シテ瞋ラズ,イツモシヅカニワラッテヰル] と歌った
Bong OBAMA bilang "Ayersunkontoh
KEMENANGAN UNTUK SEMUA"
All great teachers teach us to love each other.
And to have compassion
How fortunate we are living in this land of blessing
Under the patronage of our King full of wisdom and compassion
Where thousands of beautiful flowers blossom.
And thousands of bird sing together to cheer up our live.
Long Live Our Kings ,Our Country and Our People
吴和豪from Malaysia
Also listen to song composed by me and my students "AMENIMO MAKEZU "
http://www.youtube.com/watch?v=0OIOaF5AOV4
www.gohhoehoe.blogspot.com
www.hokkienstudy.blogspot.com
kepada tan:DASAR DEB MUNGKIN TIDAK MENCAPAI MATLAMATNYA NAMUN IA SEBENARNYA TIDAK GAGAL KERANA DGN DASAR INI KAUM BUMIPUTRA BERUPAYA UTK BERSAING DGN KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA. PRESTASI KAUM BUMIPUTRA MENUNJUKKAN PENINGKATAN DRP. PRESTASI EKONOMI, PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA DAN KAUM-KAUM LAIN JUGA TIDAK DITINDAS SAMA SEKALI. IA MERUPAKAN DASAR YG BAIK AGAR MEMASTIKAN ACUAN EKONOMI DAPAT DIAGIH SAMA RATA. KAMI, KAUM BUMIPUTRA TIDAK BERUPAYA UTK BERSAING SECARA SIHAT DRP. ASPEK EKONOMI DI MALAYSIA. BUDAYA PERNIAGAAN MERUPAKAN BUDAYA YG BARU BAGI KAMI. SEMEMANGNYA, KAMI AMAT KETINGGALAN DALAM BANYAK BIDANG DI MALAYSIA. NAMUN, SAYA PERCAYA KAUM-KAUM LAIN JUGA MENDAPAT NIKMAT HASIL DRP DEB SECARA TIDAK LANGSUNG. SAYA ADALAH GOLONGAN KAMPUNG YG MENDAPAT MANFAAT HASIL DRP DEB SECARA TIDAK LANGSUNG DAN SAYA PERCAYA BERIBU-RIBU ORG KAMPUNG SEPERTI SAYA YG TELAH MENDAPAT NIKMAT DRP DEB.IA MERUPAKAN USAHA YG PANJANG DAN SAYA PERCAYA JURANG YG WUJUD DI ANTARA KAUM SEMAKIN BERKURANG DGN ADANYA DEB. SAYA BERSETUJU DGN TAN, GOLONGAN MISKIN MASIH TERABAI NAMUN IA BUKANNYA KERANA IA MENGUNTUNGKAN SESUATU GOLONGAN LAIN. SAYA PERCAYA KEMISKINAN MERUPAKAN AGENDA KERAJAAN NAMUN PERCAYALAH MENGHAPUSKAN KEMISKINAN ADALAH USAHA RAKYAT DAN KERAJAAN. SAYA PERCAYA MALAYSIA AKAN LEBIH MAJU SEKIRANYA SETIAP RAKYAT MEMAHAMI DASAR YG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN DAN MEMAHAMI KENAPAKAH DEB WUJUD? DEB WUJUD AKIBAT BERLAKUNYA TRAGEDI 13 MEI 1969 YG MERUPAKAN EPISOD HITAM DLM SEJARAH KITA. TANYALAH GENERASI DAHULU, SELIDIKLAH BAHAN-BAHAN SEJARAH.ADAKAH KITA INGIN MELIHAT PERISTIWA INI BERLAKU LAGI? ASK FOR YOURSELF!!!!
kekalahan BN kerana MCA, Gerakan dan MIC kalah teruk pada pilihanraya 2008.ini tidak berlaku di sabah dan sarawak kerana MCA,Gerakan dan MIC tiada calon. UMNO tetap mempunyai sokongan orang melayu. sokongan org cina dan india kepada pembangkang yg menyebabkan BN kalah.Akhirnya UMNO dipersalahkan..oleh parti seperti MCA dan Gerakan. sokongan org Melayu masih seperti dulu iaitu berbelah bagi iaitu kepada UMNO, PAS dan PKR.Di Penang, kebanyakan calon UMNO menang manakala calon parti lain kalah teruk. sebenarnya sokongan orang cina dan india yg berpaling tadah PUNCA KEKALAHAN BN.ibarat menikam dari belakang.
Post a Comment